SIJORI #2: Persidangan Antarabangsa Menelusuri Sejarah Warisan Dan Seni Bina Singapura - Johor - Riau |
Journal website | https://research.utm.my/kalam/sijori/ |
Submission link | https://easychair.org/conferences/?conf=sijori2 |
Abstract registration deadline | August 15, 2024 |
Submission deadline | October 10, 2024 |
Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Menelusuri Sejarah Warisan dan Seni Bina yang melibatkan gabungan tiga buah negara iaitu Singapura, Johor dan Riau bagi memperkukuh kerjasama yang pernah dibina melalui jalinan kolaborasi dan penyelidikan. Persidangan ini akan berlangsung pada 27-29 Oktober 2024 di Perpustakaan Raja Zarith Sofia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru, Malaysia. Persidangan Menelusuri Sejarah Warisan dan Seni Bina Alam Melayu ini terbuka kepada semua institusi, agensi, industri dan komuniti.
Kertas kerja yang dibentangkan berpotensi untuk diterbitkan dalam dua medium:
- Buku Prosiding bagi semua kertas kerja yang terpilih dengan pendaftaran ISBN.
- Jurnal Berindeks bagi manuskrip terpilih (bayaran tambahan akan dikenakan).
Garis Panduan Penghantaraan
Penghantaran Kertas Kerja
Kertas kerja yang dihantar ke SIJORI #2 mesti merupakan karya asli yang belum pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk diterbitkan di tempat lain. SIJORI #2 mengalu-alukan penghantaran yang ditulis dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Kertas kerja hendaklah sepanjang 6 – 8 muka surat termasuk jadual, rajah, dan ilustrasi.
Kertas kerja yang dihantar mesti mematuhi piawaian berikut:
- Saiz kertas adalah standard A4.
- Margin adalah 2.54 cm (atas dan bawah), dan 2.54 cm (kiri dan kanan).
- Kertas kerja termasuk nama-nama penulis dan afiliasi (alamat penuh termasuk negara) dan alamat emel penulis yang boleh dihubungi.
- Tiada nombor halaman, atau header dan footer, dalam kertas kerja.
- Manuskrip yang dihantar mestilah dalam dokumen format (doc. atau docx.).
- Teks adalah dalam jarak tunggal.
- Fail PDF adalah boleh diedit dan tidak mempunyai kata laluan.
- Semua halaman adalah potret (halaman landskap hendaklah diputar).
- Rajah-rajah diletakkan dalam teks, tidak dikumpulkan di hujung dokumen.
- Pemeriksaan rapi dilakukan untuk memeriksa standard bahasa Inggeris dan memastikan penggunaan kata yang jelas dan ringkas.
Semakan Kertas
Kertas kerja yang dihantar akan disaring terlebih dahulu untuk memastikan kesesuaian dengan garis panduan penyerahan dan kesesuaian keseluruhan. Kertas kerja yang melepasi proses saringan awal akan melalui proses semakan dua hala tanpa nama.
Proses semakan dua hala tanpa nama digunakan untuk memastikan bahawa kedua-dua penulis dan penilai kekal tanpa nama semasa proses semakan. Pakar dalam bidang pengurusan aset, perniagaan aset dan pembangunan serta bidang berkaitan akan dipilih untuk menjalankan semakan tersebut.
Proses ini akan berlaku sebelum pembentangan podium di SIJORI #2 dan penerbitan prosiding. Penulis akan menerima maklum balas dalam bentuk laporan semakan rakan sebaya. Proses semakan rakan sebaya kertas kerja dan keputusan yang dibentangkan dalam laporan semakan akan dipantau dan disahkan oleh Jawatankuasa Penerbitan.
Tarikh Penting
- Pendaftaran dan Pembayaran Yuran: 15 Julai 2024
- Tarikh Penghantaran Abstrak: 15 Ogos 2024
- Pemberitahuan Penerimaan Kertas Kerja: 31 Ogos 2024
- Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja Penuh: 10 Oktober 2024
Senarai Topik
1. Aspek Politik & Ekonomi
- Pemerintahan
- Perang / Pertahanan/ Persenjataan
- Perlembagaan/ Perundangan/ Perjanjian
- Hubungan Diplomatik
- Ekonomi
- Pelancongan
2. Aspek Pemikiran/ Falsafah
- Kearifan/ Kebijakan
- Akal Budi
- Nilai
- Adab dan Moral
3. Aspek Sosial (Warisan Tidak Ketara/ Intangible Heritage)
- Sejarah
- Kesenian-seni Bina/ Seni Ukir/ Seni Muzik/ Seni Silat/ Seni Persembahan/Seni Tarian
- Busana dan Perhiasan Diri
- Tekstil dan Seni Halus
- Kraftangan
- Makanan/ Kulinari
- Adat / Istiadat
- Bahasa/ Tulisan
- Kesusasteraan/ Persuratan
- Kepercayaan agama/ Ritual/ Bangsa/ Kaum
- Perubatan
- Sukan dan Permainan
- Pelancongan
4. Warisan Ketara (Tangible Heritage)
- Bangunan Warisan
- Warisan Landskap
- Tapak Bersejarah/ Monumen / Estetika
- Tapak Arkeologi
- Monumen
- Lukisan/ Ciptaan Seni (Artistic Creations)
- Manuskrip / Iluminasi
Biro SIJORI
Pengerusi SIJORI 2024
Ar. IDr. Ts. Dr. Noraslinda binti Abdul Rahman
Setiausaha
Cik Nur Hafiza binti Fauzi
Unit Bendahari
Pn. Nurul Aini binti A.Ghafar
Unit Penerbitan
Dr. AK Mohd Rafiq bin AK Matusin
PM. Ar. Dr. Lim Yaik Wah
PM. Dr. Mohd Murtadha bin Mohammad
Dr. Lee Yoke Lai
Dr. Sharifah Salwa binti Syed Mahdzar
Unit Penajaan & Kolaborasi
Sr. Dr. Fara Diva
Dr. Iziq Eafifi bin Ismail
Unit Multimedia
Dr. Iziq Eafifi Ismail
Unit Promosi
KALAM dan TNCPI
Unit Pendaftaran & Program
PM. Dr. Mohd Murtadha bin Mohammad
Unit Protokol
Pn. Norazila binti Kamarulzaman
En. Ahmad Nur Banin bin Borhanuddin
Cik Nur Hafiza binti Fauzi
Dr. Fazlur
Seminar/ Forum (DPROM)
Dr. Aiman bin Mohd Rashid
PM. Dr Khairul Anuar bin Mohamed Khaidzir
Bengkel
Dr. Norhazliza binti Abd Halim
Dr. Noor Aimran bin Samsudin
Persidangan Antarabangsa
Team Pengurusan KALAM
Jemputan & Pendaftaran
Cik Nur Hafiza binti Fauzi
Teknikal / Easychair
PM. Dr. Mohd Murtadha bin Mohammad
Cik Nur Shahirah binti Jailani
En. Ahmad Nur Banin bin Borhanuddin
Penceramah Jemputan
- Penceramah UcapTamu - Dato' Prof Kassim bin Tukiman
- Penceramah Jemputan (Singapura) - Dr. Imran bin Tajudeen (NUS)
- Penceramah Jemputan (Johor) - Ar. Hamdan Abdul Jamal
- Penceramah Jemputan (Riau) - Ar. Supriyanto
Tempat
Persidangan akan diadakan di Perpustakaan Raja Zarith Sofia, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
Hubungi
- +60 18-223 4986 (Pn. Nurul Aini binti A.Ghafar)
- +60 10-888 1946 (Cik Nur Hafiza binti Fauzi)
- kalamsijori@utm.my